Bangkok: Intro - ii

Sebelumnya di sini.

**

Besok paginya aku bangun subuh, lepas tu dah takleh nak tidur. Aku kemas2 sikit barang & diri, then turun lepak kat seat yg kosong (ada penumpang yang dah turun). Nasi goreng aku semalam yg lagi 1 tu dah basi, so pagi ni aku pening sikit nak breakfast apa. Kebetulan ada orang tolak troli jual makanan. So aku beli milo & kacang rebus. Tak ingat rege dia berapa tapi yg aku ingat -- mahal. Huh.

layan blues pagi-pagi

Dalam jam 12 waktu Siam, tren pun sampai kat Bangkok. Perasaan masa tu, jgn cakap la.. Eksaited kot!! Wehoo~~


dalam stesen Bangkok
  
Skang cabaran seterusnya bermula. Macamana nak ke hostel aku? Setakat research yg sempat aku buat, aku kena naik skytrain dari stesen Hua Lamphong. So keluar je platform & masuk stesen Bangkok, aku tanya kaunter macamana nak ke stesen (nama aku dah lupa, Burasak ke apa. Stesen yg dekat dgn hostel) senang je sebenarnya. Keluar je stesen Bangkok tu, turn left. Nanti dah nampak terpampang luas2 Hua Lamphong station.



Sebelum masuk ke tren tu, aku sempat beli roti, air & cha yen. Amende cha yen ni? Teh ais sebenarnya. Aku baca blog backpackerbusuk sampai dah khatam, sampai aku ingat yg dia ckp cha yen memang sedap. Dannn memangggg sedap! Hehe. Dalam blog tu, Kak Fatt ada share gambar stesen Bangkok. Memang besar & luas, & ada feeling nostalgia kat situ :) owh, masa ni aku tak sempat habis buat research, sebenarnya dekat2 tren ni ada kedai makan halal..in fact KFC dia pun halal.

Ok so makanan dah ada, marilah kita naik tren. Senang je nak naik tren dia. Tapi kena tuka line pulak. (updet) Dari MRT Hua Lamphong, aku kena turun kat stesen Silom. Jalan kaki sikit ke BTS Sala Daeng. Dari situ, behenti kat Surasak utk ke Saphai Pae. Alhamdulillah tak sosek. Tapi cabaran seterusnya pulak. Sampai kat stesen yg aku patut sampai, aku taktau jalan mana hala nak ke hostel! So main tanya je kat kaunter. Mula2 dia tak paham gak tulisan, kemudian baru dia paham & tunjuk arah.

MRT Hua Lamphong

Dalam MRT

Naik BTS - Sky train. mesia takde sky train, ada lrt je. hehe

Atas jambatan nak ke BTS. nampak bawah2 tu?
orang dah sibuk ready nak ber-songkran.

Dari stesen tu, kena ikut direction ke Honda, turun tangga then pusing 90 darjah, terus je, amek kanan then terus je. Dari jauh dah nampak bangunan kuning & signboard Saphai Pae. Jauh tak jauh, dalam 500 meter jugak la.

Entrance hostel. ada ATM siap kat dalam ni

bilik aku. selesa kan?

toilet pun ok. spacious

So petang tu apa aktiviti aku? Aku solat, kemas diri, updet fesbuk, & buat research apa yg nak buat sepanjang kat Bangkok. FYI, mak & kaklang akan sampai Bangkok malam ni dan kami akan tukar hotel di Silom. Jadi aku cuma tumpang kejap je kat hostel ni, cuma bayar utk 1 malam (cheap gila ok). Masa ni badan aku memang dah rasa lemah sangat. Dengan emosi tak stabil, pulak tu meredah ke Bangkok sampai 2 hari perjalanan, tak malam 1 hari. Memang rasa bersyukur jugak nanti akan ada orang teman aku kat sini.

breakfast cum lunch cum dinner

Lepas jama' magrib isya', aku pun terus checkout hostel. Mulanya plan nak naik tren ke Suvarnabhumi Airport, tapi jumpa pulak sorang Malaysian kat sana yang advise baik naik teksi je since takde la mahal sgt (sebenarnya mahal ok utk org bajet cam aku) dan kebetulan masa tu hujan lebat. So aku pikir2, naik jela teksi.

Sampai kat Suvarnabhumi Airport, aku try cari flight Air Asia, nak tau dah landed ke belum. Bila tengok board, takde langsung flight AA. Aku dah cuak. Kebetulan nampak 1 notis kata ada flight akan landed kat Don Mueng Airport.

Ah sudah! Memang panik jugak masa tu. Cepat2 aku call ayah (since takde tenet nak google masa tu) tanya airport mana. Ayah pun taktau. Then aku try je my luck, aku keluar & pegi kat teksi banyak2 & tanya; Air Asia? Nasib baik ada gak yg paham! Terus driver tu cakap, Air Asia: Don Mueng. Apa lagi, terus naik teksi pegi airport sana. Memang laaaaa saja nak bazirkan duit aku kat teksi je kann wuhuuu.. Alhamdulillah kemudian selamat jumpa mak & kaklang.



Ehh tapi drama lum habis lagi ni! Hehe.

Kami cari teksi (tunggu q masa tu panjang ya amat ok) nak ke hotel. Bila tunjuk address hotel kat driver, driver hampir tanak hantar. Dia duk sebut "Sukan" "Songkan" macam tula. Kitorang memang tak paham. Dalam teksi duk la call hotel & orang hotel bagi direction kat kitorang utk cari hotel sendiri sebab teksi akan behentikan kitorang kat tepi jalan je.

Bila dah turun dari teksi, kitorang pelik. Asal orang ramai gila. Macam ada pesta. Jalan sikit, ada pulak orang tembak2 air kat kitorang. Ada yg simbah air sebaldi. Ada yg tukang calit kapur kat muka kitorang. Hoihh stress masa tu! Stress plus fun la jugak haha. Stress sbb... Dekat sejam gak cari hotel tu! Jauhhhh dari tempat teksi tu drop kitorang sebab pesta tu ganggu jalan.

duk plak kat Silom, mmg ibu pesta ni so mmg basah la kitorang kena simbah air masa tu plus kena calit kapur. *tambahan* makin lama makin dasat gak pesta dia. org dah mula bukak2 baju (laki pompuan). sok pagi kitorang kuar hotel, ada je lg org2 mabuk tido tepi2 jalan.

Dah sampai hotel baru la tau, rupanya sekarang pesta Songkran. Haha sabo jela masa tu kan..

Ok dah tu je. Sambung lainkali. Kemain panjang intro aku kan.

No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...