Gagal di Khao San Road

Pagi Selasa, mak mencadangkan kami keluar membeli-belah. Kakak pula mahu menaiki cruise. Jadi saya cadangkan kami menaiki Chao Phraya River cruise terus ke Khao San Road.

Kami keluar dari hotel 9.30 pagi waktu Thailand. Kami berjalan dalam 10 minit menuju ke BTS Sala Daeng. Dari situ, kami menaiki BTS untuk ke Saphan Taksin.

Tibanya kami di BTS Saphan Taksin, kami keluar melalui Exit 2, menuruni tangga di sebelah kiri stesen. Kemudian kami berjalan terus ke depan berdasarkan petunjuk Sathon Pier yang terdapat di stesen tersebut.




Kami memilih perhentian terakhir N13 iaitu Phra Arthit pier untuk ke Khao San road melalui Banglamphoo.
Perjalanan memakan masa 30 minit. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat tarikan-tarikan tempatan. contoh seperti :-

Wat (kuil) *lupanama*

Tibanya kami di Phra Artit pier, kami terus melalui gerai-gerai di sekeliling. Untuk ke Khao San road, kami mengambil arah kanan kemudiannya terus. Agak terkejut bila melihat jalan sekeliling agak lengang. Rupa-rupanya kami tersalah melawat kawasan ini, kerana gerai-gerai di Khao San road bermula sekitar jam 3 petang.


lengang


Oleh kerana belum ada kedai yang dibuka, kami berjalan perlahan-lahan dan mengikut saja ke mana kaki kami dibawa. Sehinggalah mak membuka mulut; "Kita nak ke mana ni? Mak tak suka la buang masa. Jom la kita naik teksi ke MBK." 

Saya mengeluh. Hampir meluahkan 'saya tak mintak pun mak datang sama-sama kat sini', sebaliknya saya membalas; "Susah lah berjalan dengan mak ni."

Maaf mak, saya terkasar bahasa.

Sudahnya kami menahan teksi untuk ke MBK, menikmati makan tengahari serta menghabiskan duit dengan membeli-belah di sana. 


surau di tingkat atas sekali di car park


di MBK




*cubaan menulis seperti baku tapi nampaknya janggal.


No comments:

Featured post

Thailand : Misi Mengejar Matahari (Satu)

Assalamualaikum & salam sejahtera. Alhamdulillah penutup 2016 dapat jugak layan trip bunga matahari! Kalau ikutkan dah lama plan ke si...